Sunday, December 30, 2012

Lauk Rumah Sewa ?

Assalamualaikum.


Korang penah tinggal menyewa sendiri tak? Kalau pernah, korang mesti dapat bayangkan "lauk rumah sewa" kan? Telur dadar, sardin, ikan bilis goreng, sambal telur...
Tanpa lauk tu siapalah kita sekarang. Yang mahal tak semestinya sedap. Yang murah tak semestinya tak berharga!
Actually, walaupun lauk ni biasa tapi sebenarnya bila kita duduk bersila ramai-ramai, baca doa makan sama-sama, bersilang tangan ambil lauk semua tu akan buat kita rasa luar biasa!! Tak semestinya kat rumah sewa. Kalau kita dengan adik beradik pun buat macam tu pasti kita adalah keluarga yang luar biasa. Sebab...?

Sebab bukan semua orang boleh rasa saat macam tu. Kita makan sardin tapi mungkin ada insan kat luar sana yang tak dapat makan langsung. Kita makan dengan keluarga tapi mungkin ada insan kat luar sana yang tak pernah merasa makan semeja dengan keluarga.

"SEKIRANYA KITA BELAJAR BERSYUKUR PADA PERKARA - PERKARA YANG KECIL, KITA AKAN LEBIH BERSYUKUR PADA PERKARA - PERKARA YANG BESAR."


Oklah! Nak makan. Jom.

 **Tak tahu nak letak title apa sebenarnya untuk entri ni. Entah kenapa bila makan sardin dan telur dadar aku hanya dapat membayangkan tentang rumah sewa. Boleh?

Tuesday, December 25, 2012

Sesuatu Yang Tak Disangka..

Assalamualaikum!

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita..


Pejam ! Celik ! Pejam ! Celik ! Tahun 2012 semakin tiba di penghujung. Awal sangat tak entry ni? Muehehe. Takpe lah kan. Ok mula balik. Mesti banyak dah kisah - kisah gembira, sedih, suka dan duka yang mengisi kalendar 2012 ni. Sebagaimana uols , iols pun macam tu jugak. Banyak benda yang tak disangka sangka jadi. Baik yang datang dengan khabar gembira itu rahmat. Yang aku terima dengan khabar duka itu ujian. Mesti ada hikmah =)

As i said earlier, sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita..
Lets flashback..

Nenek
Ini kisah sedih. Aku punya 2 orang nenek. Sorang sebelah ayah dan sorang lagi sebelah emak. Nenek sebelah ayah telah lama meninggal dunia. Waktu tu aku kecik lagi. Belum tahu erti kehilangan. Cuma menangis jika tak nampak mak ayah depan mata atau mungkin sebab mainan hilang. Jadi pada ketika kehilangan nenek sebelah ayah tu, aku tidaklah merasa sesuatu kecuali yang aku faham "nenek tiada". Namun, pada usia yang dewasa ni kehilangan lah yang paling aku takutkan apatah lagi kehilangan orang tersayang. Kan? Pada 1 Jun 2012, nenek sebelah emak telah dijemput Illahi. Ketika ini aku benar-benar faham erti kehilangan (perasaan yang aku tak rasa satu ketika dahulu).
Semoga arwah nenek sentiasa tenang dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah!

Jodoh
Bercerita soal jodoh pasti teruja. Apatah lagi yang bujang macam aku ni *senyum simpul*.
Pernah suatu ketika aku terfikir yang aku ni mungkin tidak akan berteman sampai bila-bila. Melihat kawan-kawan sebaya berkahwin dan berkeluarga mestilah aku yang bernama manusia ni pun teringin. (Ok nampak macam aku gatal di sini.Miahaha). Tapi serius , memang ingat aku takkan ketemu lagi jodoh di dunia. Tapi kuasa Allah , takdir Allah kita takkan pernah tahu. Takkan dapat agak pun! Alhamdulillah Allah temukan aku dan pasangan. Ini yang paling aku tak sangka. Sebab ... Banyak sebabnya .. susah nak dirungkai satu per satu. Patut lah jodoh tu jadi salah satu rahsia Allah. Sangat misteri! Jadi, pada 4 Nov 2012, kami mengikat tali pertunangan. Mohon kawan-kawan doakan agar Allah permudahkan urusan aku ke jinjang pelamin pula ya?  Hekhek.




Kawan Baik
Aku ada bestfriend yang sangat sangat sangat sangat lama tak dapat dihubungi (betapa lamanya). Nama dia Shima. Kami berkawan sejak zaman belajar dulu. Mulanya aku ingat kami takkan dapat jumpa lagi dah. Tapi itulah takdir Allah, kita takkan dapat agak pun! Syukur alhamdulillah, Allah temukan kembali aku dengan Shima! Bila jumpa balik je, rupa - rupanya dia pun dah jumpa chenta hatinya! Hahaha. Bertunang seminggu selepas aku. Ahhh sangat amazing takdir Allah ini. Memang seronok lah! Ye lah aku ade kawan yang boleh borak-borak pasal wedding , ask for her opinion and the best thing aku rasa bahagia tengok dia bahagia. !
Sorry gambar gelap. Rajin Malas nak edit

Itulah antara kisah suka duka aku sepanjang tahun ni. Kisah korang macam mana? Apapun, baik kisah suka ke kisah duka ke semua tu akan buat kita jadi insan yang lebih baik di masa depan. Allah takkan pernah bagi ujian tanpa hikmah, suka tanpa duka, tangis tanpa tawa. Setiap dalam kehidupan tu, takkan pernah ada yang buruk tanpa baik dan sebaliknya. Semoga dengan pengalaman ini, aku dapat menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. !



Sunday, December 23, 2012

Girls' Day Out!

Assalamualaikum!

Woot ! Woot !

Pekabau? Harap sihat sokmolah! Skarang ni musim hujan kan? Ramai yang demam-demam selsema. Sesape yang demam-demam tu sepat-sepat pegi klinik. Jumpe doktor handsome. Okayh?

Hari ni nak dating dengan officemate cum bestfriend Cik Izuee kite lah. Huehue. So date kitorang bermula dengan jemputan kenduri dari kawan Cik Izuee. Nyum nyum makan kenduri! Lepas makan nasik minyak kenyang-kenyang kitorang ke Putra Heights. Settlekan my things then kitorang macam pk-pk nak kemana. Ni lah masalah kitorang selalu bermasalah nak pegi mana. Padahal punyalah banyak tempat dalam KL ni orang berebut rebut nak pegi. Finally sok sek sok sek, kitorang decide nak pegi Shah Alam. Kitaorang nak pegi butik Rina Salleh! Fheww~!

Sesampainya kat situ aku cam teruja la kan. Dok nampak dah nak melayang seratus dua tapi syukur aku tak beli ape - ape pun kecuali kopi herba! Haha! yes kopi herba. Cik Izuee sempat la beli dua helai baju. Satu kat Rina Salleh another one kat Dreemika. Santek-santek tau baju kat sana. Highly recommended!

Sebenarnya ini yang aku nak cerita, yg tadi tu mukadimah je. Aci tak mukadimah panjang jela gitu. nasib ar korang. :P
Aku ajak Cik Izuee pegi Jakel. Gila punya semangat aku nak masuk Jakel. Sesampainya di sinun memang ramai la orang kaya beli kain-main kat situ. Aku pun masuk lah nak tengok baju ready made tu pehtu staff Jakel ni datang kat aku. "Ini ada less dik. Boleh tengok kat sana banyak lagi." katanya. Ok itu biasa. Then aku pun senyum dan berlalu dari situ untuk naik ke tingkat atas. Sambil borak-borak ngan Cik Izuee aku toleh belakang rupanya dia ikut kitorang. Ok skarang aku dah rimas.

Aku ngan Cik Izuee cepat - cepat jalan. Rimas ok. Sebenarnya aku tak kisah sangat kalau dia datang nak entertain kitorang tapi agak-agak la. Dari aras bawah sampaila aku naik ke atas dia ikut je belakang kitorang. Itu aku rimas. Tak sukelah. Last-last aku decide nak kuar dari planet tu dan isi perut aku yg lapar ni.! (tak nak pegi lagi)

Then aku bgtau Cik Izuee kat sini ade restoran Thai yang best. 4 tahun lepas aku suke sangat makan kat situ. Sedap gile nasik goreng cendawan dia! Cik Izuee rela ikut makan kat situ. Nasib baik la restoran tu masih wujud. So aku happy sebab incik perut bakal diisi dengan nasik goreng cendawan yg nyummy! Sedap oih. Korang pegi sane Shah Alam , Seksyen 7. Carik Restoran Amin Thai.

Lepas makan aku pun happy dan mengantuk. So kitorang pun nak balik. Balik lah kitorang ke jalan yang benar.


Tuesday, December 11, 2012

Pertama Kali Tengok Wayang...

AssaLamualaikum.Hola.

Entri kali ni kan aku nak cerita pasal movie. Di mana lately aku terasa nak tengok movie tapi tak tengok-tengok jugak. Sungguh aku teringin! Sebab dah lama sangat tak tengok. Ingat lagi dulu mase kecit-kecit , parents aku bawak pegi cinema. Cer teka movie ape aku tengok buat pertama kali ? Takpe lah meh aku jawab sendiri. (ade ke org nak teka sampai sanggup nak call aku?)
Buat pertama kalinya aku tengok wayang, 1st movie yang aku tengok ialah Jurassic Park. Haha! Waktu tu rase macam excited gila babas mak ayah bawak kuar tengok wayang. Hahaha. Perasaan aku waktu tu bandar sangat!. Tapi kalau tanya aku cinema apa memang haramlah nak ingat.
Sebenarnya aku malas nak update panjang2 ni sebab nak makan sate. Muehehe. Nanti next entri aku sambung dengan senarai movie yang paling terkesan di hati ! ♥ Bye!

Ingat tak bebudak ngan orang tua ni? =)

Friday, October 12, 2012

Cuci - Cuci Blog

 Assalamualaikum.

Hai. Gile punya lama tak update kan? 
Nak update pun segan. Bukan ade pembaca pun huahua..
Tapi memandangkan aku dah terbuat blog, makanya 
aku bertanggungjawablah atas kelahiran blog ni.
Aku akan kembali dengan next entri. InsyaAllah.
Jumpa lagi di lain siaran. 
Now nak cuci blog jap :)


Corat - coret Nurulicious

Friday, July 27, 2012

Sampai Bila?

Sampai bila nak hidup membujang ni? Budak darjah 4 pun skaraqng dah pandai ade bf.
Aku yang bangka ni takde.
Tu je lah. Kbai.

Saturday, June 9, 2012

Perginya Tok tersayang :(

 Assalamualaikum

Saat aku create entri ni tak tau macam mana nak mula. Tapi takpe aku gagahkan diri jugak.
Sebenarnya hari ni genap seminggu Tok (nenek sebelah ibu) dijemput Illahi. Ya, aku kehilangan Tok tersayang pada seminggu lepas.

Seminggu sebelum...
Jam : 2.10 pagi

Aku dapat panggilan telefon dari ayah
Ayah : Kakak tadi maknjang call depa bagitau Tok takde dah *sambil menangis*
Aku : Tok takde dah? *terduduk dan menangis sepanjang malam*

Lepas Subuh baru aku dapat gerak dari sini balik ke kampung. Sepanjang perjalanan tu memang aku berdoa agar aku sempat tatap arwah Tok buat kali terakhir. Memandangkan minggu tu cuti sekolah, jalan sesak kemain. Akhirnya bila aku sampai je Alor Setar, Tok dah selamat dikebumikan. Sedih aku. Tapi aku tahu tak baik lewat - lewatkan urusan pengkebumian.

Arwah Tok memang kaya dengan nasihat. Arwah Tok rajin berpuasa semasa hayatnya.
Banyak lagi aku nak cerita tapi tak mampu. Sedih. Yang pastinya pemergian Tok memang buat aku terasa kehilangan yang amat dalam keluarga besar Mak.
Lepas ni tak dapat lagi salam dan cium Tok.
Dan aku takde lagi Nenek baik sebelah Mak mahupun Ayah.
Semoga arwah Tok Piah (Tok Mak) dan Tok Temah (Tok Ayah) tenang di sana. Al-Fatihah.

p/s : Ada gambar arwah Tok. Tapi nak share pun rasa tak sanggup nanti mesti nangis tengok gambar arah Tok :(

Thanks pada yang sudi membaca.

Sunday, May 13, 2012

Trip to Langkawi : Part 2 :: Underwater World ::

Assalamualaikum.
Hola-hola.

Sambung cerita lagi. Setelah sampai di Langkawi, aku dan kawan-kawan menginap di Pantai Cenang. Kawasan ni memang happening pada waktu malam dan membuatkan aku pening. Kat kawasan ni memang banyak kedai makan. Jadi tak yah risau pasal tempat makan. Tempat nak beli itu dan ini pun ade (tempat shopping lah pendek kata). Tugas korang sediakan duit je. Hahaha.

Sampai je bilik, kitorang rehat - rehat kejap. Kemudian bila perut dah lapar kitorang pegi carik makan.
Kitorang makan kat kedai hape ntah. Lupe. Dah habis makan kitorang pun jalan kaki pegi Underwater World Langkawi ♥
Dekat je Underwater World tu dengan tempat kitorang stay. Dekat sangat. Jalan kaki dalam 5 - 7 minit kot.

Bayaran masuk dengan MyKad : RM 28.00 (Adult)


Welcome bird haha. Nanti dia akan say "Hello"

En Penguin dan kawan-kawannya sedang bermain cak cak agaknya
Ikan ni minta kish.






Sekian dulu lah entri kali ini. Sehingga berjumpa lagi entah tak tau bile. Skarang aku nak sambung baca diari. =D


Corat - coret Nurulicious

Thursday, May 10, 2012

Tido Apakah?

Semalam tido pukul 11.15 lebih kurang pastu 5 minit kemudian dengar bunyi jam. Dah pukul 6.
Bukannya jam aku silap. Tapi aku rasa macam aku tido sekejap sangat. Penah tak jadi macam tu? Rasa sekejap gila tido. Aku pun tak tau apa yang melanda aku ni. Rasanya baru 5 minit tido rupanya memang dah lama aku tido. Aku yang tak sedar diri.

Tu je lah. Kbai.

Wednesday, May 9, 2012

Trip to Langkawi : Part 1

Assalamualaikum.

Pada 3hb May lepas , aku telah membahagiakan diri aku sendiri dengan membawa diri aku berjalan - jalan. Jalan ke mana? Tidaklah mampu aku nak ke luar negara buat masa sekarang. Aku and kawan-kawan telah pergi bercuti ke sebuah pulau! Pulau Lagenda. Pulau Langkawi.
Yeayyyy. Memang best sangat sebab dah lama tak berjalan jalan.Pertama kali aku ke Langkawi dulu aku rasa macam takde pape. Skang ni baru aku tau yang Langkawi tu best sebanarnya. 
Ok layan gambar dulu sekeping. Esok sambung update lagi.

p/s : selalunya bila nak menggambarkan Langkawi orang bergambar dekat Dataran Lang. Tapi tak sempat ah nak pegi. Sini pun jadi la. Janji ada helang :)

Tuesday, May 1, 2012

Lirik - ~SUDAH CUKUP SUDAH~ NIRWANA BAND

 
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Telah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu



Thursday, April 19, 2012

Aku tak biasa

Aku cuma mahu semuanya berjalan seperti biasa
Bukan dengan tergesa - gesa
Kerana aku tak biasa
Pada sebuah cinta sketsa
Bila kau terlalu memaksa
Aku tidak selesa
Kerana aku cuma mahu berkawan biasa


Corat - coret Nurulicious

Wednesday, April 18, 2012

Rimas.

 Rimas.Lemas.Cemas

Bila kau tahu erti persahabatan
Kau takkan pernah mempersoalkan
Bila kau tahu ianya perlu dikekalkan
Nescaya kau beri sedikit keselesaan
Bila kau sedar kau keterlaluan
Engkau pinta sebuah kemaafan
Sayangnya kau hidup dalam angan-angan
Bila berbicara tentang Tuhan
Engkau akan elakkan
Yang kau tahu cuma keseronokan?


Cuba beri sedikit ruang. Pasti selesa kan? ^^,
Corat - coret Nurulicious

Monday, April 16, 2012

Soalan Pelik atau Manusia yang Pelik?

 When a stranger ask you

"Wat pe tu?"


"Tak kuar ke hari ni?"


"Dah makan?"

Errr seriously, are they kids???
Kehkeh.Saye tanya je ^^,

Corat - coret Nurulicious

Sunday, April 15, 2012

Tulisan Dari Hati

Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi tentang penulisan. Maaf dari awal perenggan kerana aku bukan penulis yang baik mahupun blogger yang kreatif dari segala aspek :p

Entah kenapa hari ni rajin sangat nak baca cerpen. Cerpen. Cerita Pendek.
Selak punya selak dalam page iLuvIslam aku berjumpalah dengan seorang penulis ni. Bahruddin Bekri. (aku tak tau lah samada aku baru kenal dia atau sebaliknya. Kalau YA, aku memang ketinggalan dan aku MALU)

Karya-karya dia sangat best okay. Diulangi sangat best. Aku suke. Memang selera aku lah.Jadi nak share lah skit dalam banyak-banyak yang aku baca terbekenan plak dengan yang bawah ni. (Actually semua best2 tapi aku rasa nak share yang ni.)

Anggapan jodoh bisa di kawal maka ia perlu di cari itu betul. manakala anggapan jodoh itu tidak bisa dikawal dan ia akan datang sendiri juga betul. Jadi apa yang betul sebenarnya?

Jangan dicari titik perbezaannya. Cari titik persamaan antara hal itu.

Tuhan memberikan ganjaran yang besar atas proses. Bukan hasil.

Menunggu itu proses.
Mencari itu proses.
Proses yang hanya bisa di laksanakan dengan sifat sabar.
Jadi di sini sabar adalah titik persamaan bagi kedua-dua proses itu.

Jika kita bisa bersabar dengan menunggu. Teruskan.
Jika kita bisa bersabar dengan mencari. Teruskan.

Jangan kerana kita menunggu tetapi jodoh tidak juga hadir. Maka kita mulai hilang sabar juga dengan proses mencari.

Jangan pula kerana kita mencari ita tidak juga ketemu jodoh. Maka kita hilang sabar denagn proses menunggu.

Tetapi jika keduanya, tidak juga mampu membuat kita peroleh jodoh. Sabar.

Kerana yang utama, kita sudah menjalani proses itu dengan sabar. dan ganjaran jika tidak di dunia, di akhirat.

Tetapi jangan putus asa dengan sabar. Sabar yang bermakna kita tidak mempersoalkan tuhan dengan takdir yang terjadi. Sabar dari berburuk sangka dengan tuhan, manusia dan diri sendiri.

p/s : tulisan yang ikhlas dari hati memang sayu kan kalau baca :')
Corat - coret Nurulicious

Thursday, April 12, 2012

100 Tahun Bersama Nestle :)

AssaLamalaikum

HeyyO. Before nak tido ni nak share skit ngan korang about the contest.
Join Nestlé in celebrating 100 Years in Malaysia by submitting your Incredible Story! Win cash prizes worth a total of RM100,000!

Korang bleh la join contest ni and submit korang punya incredible story bersama Nestle sekarang. Ayuh ape tunggu lagi. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah korang mane la tau Nestle yang nampak kan.Kikiki.

Nak submit kat mane? Submit kat SINI

Good Luck :)


Corat - coret Nurulicious

Wednesday, April 11, 2012

Siri Masak-Masak - Sipot Sipotan

AssaLamuaLaikum.

HeyyO!
hari ni ahkak nak cite pasal siput sedut atau nama sainsnya dikenali sebagai  Cerithidea obtusa. (Sape la bagi dia nama ni). Korang makan ke siput sedut ni? Musti ade yang tengah geli tekak.
Ade aku kisah. Haha. Actually kan, siput sedut ni memang menjadi makanan kegemaran aku sekeluarga lah. Alangkah indahnya jika popcorn itu diganti dengan siput sedut waktu nonton wayang. Tak gitewww? Hambek kau.. sambey nonton cite Titanic 3D tu haaa kau nyedut sruuuuuttttt.Hahaha bengang tak owang sebelah yg tak reti menyedut itu. Kahkahkah.

Nak masak siput sedut ni tak susah pun yg susahnya nak buang hujung cengkerangnya itu. Sumpah aku tak penah buat. Ni 1st time buat. Ye la dah nak makan kan.Ayah plak kat kampung nun. Terpaksa la buat sendiri gitu. Padan la dengan muka kan. Kalau tak mana reti nak buat benda tu. Yang aku tau dah siap masak lalu sedut.Sruuuuttttt!

Biasanya kebanyakan aku jumpe sipot ni dibuat masak lemak / gulai lemak kan. Hari ni ahkak nak share lah resepi Sambal Taucu Siput Sedut edisi Ayah Ahkak. Nama resepi pun cam bajet best je. Hihihi.

Bahan-Bahan:
Siput Sedut
Bawang Merah - 5 ulas
Bawang Besar - 1 ulas untuk hiasan
Cili Kering - dalam 20 tangkai. Nak lebih, silakan.
Taucu
Gula
Minyak - untuk menumis
Asam Jawa + Air - jadikan air asam

Cara :
1. 1st korang kena cuci kasi bersih-bersih siput tu. Salah satu petua korang ramas siput tu dengan hampas kelapa tak silap aku. Tapi kalau takde pun takpe. Basuh je ngan air mutlak tu sampai bersih.
2. Lepas basuh bersih-bersih. Korang kena buang bahagian hujung cengkerang tu. Jangan takik panjang sangat. Agak-agak berlubang dah la.
3. Pastu cili kering tu korang blend skali dengan bawang merah.
4.Panaskan minyak.
5.Dah panas tu, tumis la bahan blend tadi tu sampai pecah minyak.
6.Dah pecah minyak betul-betul, masukkan lah air asam tu.
7.Pastu masukkan taucu.
8.Pastu gula secukup rasa.
9.Last skali masuk dak siput sedut. Tunggu sampai masak.
10. Last skali boleh masukkan hirisan bawang besar untuk hiasan supaya sedap mata memandang sedap lagi mlut menyedut.

*nota sudip : tauhu tu dah masin so tak perlu masukkan garam. Tapi kalau korang memang suke makan masin-masin tahap taik idung masin, boleh lah masukkan garam ikut kesukaan korang. Hihiihi.Pastu rasakan kemasinan tu.Boleh membunuh selera korang.

Dah siap. Bleh la dimakan bersama nasi.

Ni la rupe dak siput yang diperkatakan tu.

Nah hambek. Alat untuk mentakik hujung dak sipu. Kau hado??

Ni dah siap tau. Bukan yang tak cuci lagi. Hahaha



Corat - coret Nurulicious

Saturday, April 7, 2012

Serba Tak Kena

Assalamualaikum wbt

Korang pernah tak dalam satu hari tu ape korang buat serba serbi tak menjadi.Ahh mesti penah punya lah.. Tipu kalau cakap tak pernah melainkan kalau korang MEMANG tak pernah buat apa-apa. Trolololo.

Hari ni macam bad day je untuk aku sebab ape aku buat semuanya menajdi kucar kacir ibarat godzilla datang bertandang tanpa diundang.

Bermula dari pagi kan aku dah terlewat nak hantar adik aku ke station bus. Beliau nak balik kampung. Disebabkan aku lewat makanya beliau tak sempat nak beli bekalan utk kudap2 dalam perjalanan nanti. Dah la aku tak sediakan breakfast. T___T Tolonglah adik, jangan kau utuskan tali persaudaraan ini. Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa. (perlu ke menyanyi.macam gamp)
Apapun semoga beliau selamat sampai.(Tatkala menulis entri ini beliau sudah selamat sampaidi kampung..Alhamdulillah)

Kendian tu, lepas balik dari menghantar sang adik aku pulang ke rumah. Sejurus tiba, aku kemas-kemas umah skit pehtu basuh baju. (mesin yg tlg basuh). Dah siap basuh baju, basuh comforter lak. dengan perasaan bijak pandai aku pun campak la comforter ke dalm mesin basuh sambil set Program washing machine itu. Sambil-sambil tu aku mulakan persiapan untuk memasak. Memandangkan malam kang makcik-pakcik aku akan sampai bertandang ke rumahku makanya harus lah aku tunjukkan kesopanan dan kesusilaan aku.

Pehtu nak tau ape jadi..

1. Washing Machine aku bergegar gegar macam ade jentolak kat dalam tu. Cecepat aku pause-kan beliau. Pehtu aku check (macam pro technician la kunun) ghupenya comforter aku koyak. Yeay! alangkah pndainya helah comforter itu untuk dibelikan baru. Durhhh! T___T

2. Semasa aku dah siap-siap kupas bawang bagai, aku pun mulakan dengan memanaskan periuk. Lantas aku mencari senduk kerana aku mahu masak sup. Carik punya carik memang tak jumpa. Ingatkan ade harapan nak jumpa tapi hagham. Aku pun amik la senduk nasi yg kayu tu buat kacau-kacau masak sup. Aku pun pelik mane hilang senduk aku. Tak pernah plak aku telan senduk dalam sedar.

Lepas solat Zuhur kan, aku menuju ke Alamanda semata-mata nak beli senduk.Kalau takde senduk takkan makcik pakcik aku nak cedok sup pakai tangan. Hahaha. Di situ, dapatlah aku ubati jiwa aku dengan sedikit terapi di kala kucar kacir iaitu - Shopping!! Yeay.

Takde lah banyak mana pun aku beli tapi aku rasa puas dan klimaks setelah dapat membeli sebuah bakul comel. ♥ ♥ ♥

p/s : skang serba serbi dah kena :)


omey kan? omey kan? ^^,

Friday, April 6, 2012

Mintak Maaf..

Dan ketika entri ini ditulis aku terpaksa memaksa mata aku untuk bertahan (sambey tongkat dengan batang mancis, tak caya ke? ok aku tipu)

Giler weh. Dah lama aku tak hapdet blog aku ni. Nak kasi orang muzium pun blom tentu depa nak terima. Lalu aku dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf kerana sedikit sebanyak mencemarkan nama baik bloggers sedia ada. Sobs. Sobs.

Dan dengan ini aku denda diri aku dengan mengepost beberapa entri sekaligus. Aci tak? Tak aci sudah.Wekk.  Phbbbtttt.

Sunday, February 12, 2012

Bila dah bosan...

Pada hari semalam dan hari ni aku bosan lalu aku pun masak. Boleh makan. Dua perkara berikut. Tu je nak habaq. Kbai.




Mee Goreng

Mee Udang (menu semalam)
Termasak lebih plak Mee Udang tuh. Sapa nak kedarah banyak T__T

Monday, January 30, 2012

♥Sabar Menghadapi Kesusahan♥

Seorang wanita Bani Israel yang buta sebelah mata melayan suaminya dengan baik. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dia akan memegang pelita sehingga suaminya habis makan.

Pada suatu malam, pelitanya telah kehabisan sumbu lalu dia mengambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Pada keesokan harinya, dia mendapati sebelah matanya yang buta telah celik dan dapat melihat. Di atas ketaatan terhadap suaminya itu, Allah telah mengurniakan kemuliaan kerana sikap baiknya terhadap suami.

Oleh itu Rasulullah s.a.w sentiasa berpesan, "Sebaik-baik wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya, dia menggirangkan engkau, jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya."


Wednesday, January 18, 2012

Dinner Paling Best

Alhamdulillah semalam adik aku yang kat Skudai tu balik bercuti. Baru abes exam la katakan. Beliau pun datang la ke teratak kakaknya yang tak seberapa ni. So malam tu aku decide nak bawak beliau makan kat luar lah (benonya takde lauk nak masak kat rumah!hiks)..Punya la perah otak pk nak makan kat mana.. Mula aku plan nak pegi KR tgk2 dia dah tapau KR sbg lunchnya di kala itu. Last-last aku dapat idea.

Aku decide untuk pegi makan kat Williams @ Kelana Jaya. Restaurant ni Cik Ween yang suggest. Thanks. Disebabkan aku ni takde GPS (agak ketinggalan disitu) aku terpaksa gunakan GPS aku iaitu Guna Plan Sendiri. Haaa GPS la kan.. Berpandukan direction yang aku kutip dari blog-blog tertentu. Kitorang pun redah je la.Tak susah sgt nak cari kedai makan tu.

Sesampainya kat sinun aku agak jakun ya apabila tidak ketauhan untuk memilih menu di saat pelayan tersebut datang amik order. So aku suruh dia suggest apa yang best. Tau tak , awal-awal dulu Cik Ween dah pesan portionnya memang besar. Tapi disebabkan aku dengan yakinnya pegi order satu set sorang. Akibatnya orang tamak selalu rugi. Tanggunglah dosa membazir wahai Cik Nurul T___T

Jenggg..jenggg minuman kitorang dah sampai. Aku order Ribena Laici (ini biasa) manakala si adik order Soda Herbs (yang ini luar biasa ok) Rasanya memang luar biasa!! Superb! Aku kasik 4 thumbs up (pinjam thumbs adik aku).

Soda Herbs and Ribena Laici


Pehtu menu seterusnya... Aku tak ingat lah apa nama dia(tak silap Meatball Carbonara).Sedap sesangat meatballs nya itu!!

Ni menu adik aku.. Aku sebat jugak..tak habis makan dua org pun huhuhu


Aku order lamb chop sahaja. Tapi aku suka rasa rempah dia tu. Kalau tak silap aku daun pudina yang diblend dgn black pepper. Sedap sungguh rasa dia. Pedas-pedas berangin hihihi



Ambil perhatian : Sorry sesangatlah kualiti gambar sgt tidak sedap mata memandang(guna hp je ni).. Nyesal tak bawak camera :(

Sunday, January 15, 2012

Buku situ.sana.sini

Feeewitttt~

Sebentar tadi aku ke Carrefour untuk beli sikit barang rumah . Sampai je Alamanda tu biasalah aku singgah MPH Bookstore dulu. Kekekeke. Aku memang suka singgah MPH ni.Aku bukanlah ulat buku pun tapi tak tau nape aku suke beli buku. Kalau yang jenis ulat buku tu aku rasa skali dia beli buku hari tu jugak dia habis baca tapi aku amik masa gak. Wekkk wekkk. Aku rasa kalau kita membazir kat kedai buku pun tak rugi sebab nanti yang dapat ilmu tu kita jugak (Tapi korang jangan la gi beli majalah buah mangga tu, dapat apa ?) Toinkkkk ..


Yang sempat aku beli...


Okay lah nanti aku update skit apa yang aku baca. Yang dapat ilmu kita juga. :)
Renung-renungkan, selamat beramal. (pinjam tagline Prof Izi) ♥

Saturday, January 14, 2012

A Letter from Mom and Dad :(

Salam Persahabatan .. Salam Blogger hihihi 

I have no words to describe my feeling rite now. U guys should see this . It makes me cry :'(

Do you remember when you were little ? 





Friday, January 13, 2012

Siri ILMU : Adakah Dosa Sebelum Gila Dihisab?

AssaLamuaLaikum awek-awek dan pakwe-pakwe yang saya hormati sekalian 

Semalam saya jenjalan tapi bukan jenjalan kat Mid Valley atau Sogo mahupun IKEA hehehe tapi kat FB Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )'s pehtu terjumpa soalan yang agak menarik. Penah tak terfikir andai kita yang mengalami situasi tersebut? Samada dosa kita kecil atau besar dan kita masih belum bertaubat pehtu ditakdirkan plak kita hidup dalam keadaan gila?

Untuk peringatan aku, kau dan semua ;)
Kalau jadi gini kat aku, doakan aku ya ~!


Nota pendek : Sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk terus pada FB Ustaz Azhar Idrus.

Monday, January 9, 2012

Tak terucap di bibir

Cuba korang tgk video kat bawah ni, seriously, bibir aku mmg tak terucap. Menggigil. "Berbahagia lah mujahidin"


Bukan sekadar blog...



AssaLamuaLaikum w.b.t

Semalam Nurul dok godek-godek FB, (bukan semalam je hari-hari pun,GuLp!)
Masa tu dok baca koleksi soalan yang dorang ajukan kat UAI. UAI ni semua orang kenal kan? :)
Pehtu terdetik di hati, untuk share kemusykilan yang terjawab dekat blog ni.
Ye lah banyak kita boleh manfaatkan kegunaan blog ni sebenarnya.
Takkan tiap kali update entri asek nak cite pasal aktiviti sendiri je kan :D
Sambil - sambil kita berblogging baik jugak kalau kita menyampaikan kebenaran.
Pehtu apalagi, aku pun minta izin dekat admin Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original ) .

Berita baiknya admin benarkan!!! Alhamdulillah .yeehuhuu.Jadinya di sini kita bukan sekadar blog boleh jadikan medan ilmu juga :D

p/s : Saya telah terlebih dahulu meminta kebenaran admin untuk tujuan ini. Niat saya hanya mahu berkongsi ilmu . InsyaAllah. Segala yang terbit dari sini semuanya diambil dari page Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original ) .  Jika ada sebarang kemusykilan , kalian boleh rujuk page Ustaz Azhar Idrus ( Original ). .

Sunday, January 8, 2012

Bila dah bosan...



Semalam, mungkin Sabtu yang membahagiakan pada semua orang tapi bukan pada aku. Bukan lah kata aku dirompak atau sebagainya. Cuma takde aktiviti nak dibuat. Aku kan ordinary girl. Hikhik.
Start dari pagi aku jadik bibik dalam rumah aku sendiri atau erti kata lain aku kemas rumah lah. Eh macam mane nak buat kalau rumah banyak habuk? Aku sapu 5 minit , habuk menempek kembali tak sampai 5 saat. (oke ni selingan)

Pehtu tengahari aku rilek-rilek kat living room aku yang penuh berangin tu dengan menonton tv. Selama ni tv aku buat hiasan je (oke ni aku tipu). Boleh plak terlayan cite Hindustan tu ade Shah Rukh Khan ngan Rani Mukherji !! Cite tu mulanya agak slow tapi ending dia macam best jugak sedih beb. Ni yang malas layan Hindustan sebab errr sebab cite tu sedih. Paham - pahamlah kuikui...

Pas Asar, aku hilang arah. Rasa macam nak tercabut akal kecilku. Dok fikir nak pegi mana la hari Sabtu ni. Rasa macam lambat fila masa berjalan. Last-last aku amik camera aku pusing-pusing kat wilayah yang mulia ni.

So sempat la aku snap bape keping je pun pics. Sila lah tatap untuk menjaga hati aku. Sekian wabilla hitaufik wal hidayah. Assalamualaikum