Saturday, December 31, 2011

Melangkah ke Tahun Baru

Sedar tak sedar dah masuk 31 Dis 2011 dah .. Tinggal beberapa jam je lagi nak melangkah ke tahun 2012. Nak tak nak , suka tak suka, rela tak rela kena la jugak melangkah ke depan. Masa takkan menunggu kita yang bernama manusia kan? 

Sepanjang tahun 2011 ni banyak jugak cabaran dan dugaan yang aku tempuh dan aku rasa korang juga begitu. Ada manis, ada pahit ada masin. Ade ke? Maybe sebab aku makan telo masin.
Kehidupan aku sepanjang awal tahun 2011 banyak bermula dengan kemanisan. Tapi mana ada kemanisan sepanjang masa dalam kehidupan ni. Penghujungnya ada juga kesedihan. 

Bila nak masuk je tahun baru aku selalu fikir ape nasib aku plak lepas ni. Satu per satu Allah dah tulis dan harapan serta doa aku di tahun baru ni aku nak tutup buku lama yang tak sepatutnya aku buka dulu. Hehehe. Kena lebih perbanyakkan kebaikan sebab umur aku pun akan meningkat satu tahun lagi.

Selamat Tahun Baru! Doaku semoga kita semua sentiasa memperoleh kesenangan hidup di dunia mahupun akhirat.




Thursday, December 15, 2011

Angry Bird

Pagi tadi pak sedara aku call
Pak Sedara : Assalamualaikum, ada mana?
Aku : ade kat putrajaya ni lah.. Kenapa?
Pak Sedara : petang ni mai umah dinner kat sini.. Semua ada sini..
Aku : oww ya ka .. ada makan apa?
Pak Sedara : nak tau kena la mai

Pehtu aku pun dok pk-pk nak bawak ape la pegi nanti.Rasa mcm tak syiok plak tak bawak ape-ape.. Time rehat tu aku terus cabut pegi beli barang nak buat kek. Pehtu ternampak plak edible image Angry Bird yg sangatlah cute macam cipan.Lantas aku pon beli and amik keputusan nak buat cupcake.

Balik keje tu aku berperang lah. First time aku buat, huduh nak mampus. Kalau Angry Bird tengok mesti dia rase nak baling telo ke aku . Nasib ko lah kan.. Untuk kepuasan pelanggan aku sertakan gambar di bawah. Korang gelak aku delete korang hahaha : p














Monday, December 5, 2011

Puasa 9 dan 10 Muharram

Assalamualaikum!! Yeeehuuu~

Sape puasa rini angkat tangan? Aku ni nak gi masak sebenarnya tapi update blog dululah.. Menu nya ialah Telur Masak Lemak Cili Api. Yeahh. Eh buat pe aku cite pasal makan ni. Nak cite pasal kelebihan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram ni :)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Kelebihan Puasa Sunat  'Asyura
Diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).