Thursday, October 17, 2013

Hadiah Dari Dia

 Assalamualaikum.


Rasanya dah sampai masanya blog ni "dihidupkan" semula. Sebelum ni banyak sangat mimpinya hehe...

Alhamdulillah semalam, 16 Oktober, genap usia aku 28 tahun.
Syukur..syukur masih diberi kesempatan bersama insan-insan tersayang.

Pertama kali juga ni sambut birthday as a wife. Tak termimpi pulak nak dapat suprise dari husband.
Hehehe romantik jugak rupanya dalam diam-diam. Kuikui.

Dalam usia sebegini cukuplah dikurniakan dengan family yang hebat, suami yang baik hatinya, kawan-kawan yang begitu memahami. Semuanya sudah cukup.
Semoga dengan pertambahan usia ni bertambah lah juga rezeki kami, kebahagiaan kami dan jadikan aku lebih bersyukur dengan kehidupan.

Thank you for all the wishes baik kat Fb or Twitter and SMS too!

Corat - coret Nurulicious

Monday, June 10, 2013

Online business?

Hooolaaa. Hi dears!

Entri kali ni fendek jer. Nk buat online business apa yg seswai?
Ada cadangan?
Kalau ade tolong! Tolong! Tolong! Tolong lah cadangkan. Ok daaa~

Tuesday, May 7, 2013

Dengan izin Allah ... Akhirnya Kita Bersatu ♥♥♥

Assalamualaikum.

Fuhhh baru ade masa nak hapdet. baru balik dari bercuti panjang yang seronokkkkkk. Haa nampak betapa seronoknya diri ini.

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat dan rezeki Allah Yang Maha Pemurah,saya telah selamat bergelar isteri. Pada tarikh 20 April 2013 (Sabtu) lepas, aku dan pasangan dinikahkan oleh imam besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin jam 10 pagi. Betul lah org kata syok kawin ni rupanya. Tapi ofkos la benda seronok ni bukan mudah.


Ucapan terima kasih tak terhingga untuk seluruh ahli keluarga saya jugak family in law yang bertungkus lumus untuk kedua - dua majlis baik sebelah perempuan mahu jugak sebelah pihak lelaki.
Terima kasih untuk kawan-kawan serta sanak saudara lain yang sudi hadir memeriahkan majlis. Andai ada kekurangan dalam majlis kami , mohon maaf dari kami sekeluarga. Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah.

Harapan saya untuk perkahwinan ni semoga dapat membentuk kami (suami dan isteri) agar menjadi manusia yang lebih baik dan lebih bertanggungjawab dan semoga ikatan ini kekal sampai syurga! Amin. Amin. Amin

Tuudiaaa saya dan husband sedang bergaya poyo. XoXo


“So it's not gonna be easy. It's going to be really hard; we're gonna have to work at this everyday, but I want to do that because I want you. I want all of you, forever, everyday. You and me... everyday.”
― Nicholas Sparks, The Notebook

Thursday, April 4, 2013

Menghitung Hari...

Saya



Sedang




Menghitung 




Hari. 



Bye. Nanti update lagi.



Sunday, March 24, 2013

Sedap ke macam ni...?





Assalamualaikum!


Hola hola. Ewah banyak betul sarang lelabah kat laman sesawang ni.
Hi ! Apa khabar? Sihat? Dah mandi? Dah baca suratkhabar secara online? Dah basuh baju? Dah makan?? Makan apa?

Sebenarnya aku sedang lapar tadi. Tapi aku juga sedang malas. Takut kan 'penyakit' ni.
Ubat bagi penyakit ni adalah 'menu ringkas'. Korang tahu? Aku yakin telur goreng + nasi putih, ikan rebus,budu + nasik putih, tempe+ikan bilis +nasi putih... Tu semua boleh kire menu ringkas lah tu.

Disebabkan perut aku sangat meronta nak makan ("lapar tahu?" kata perut), makanya aku buke la fridge tengok apa ada.
Ajaibnya! takkanlah nak jumpa ketam masak lemak cili api pulak kan. Ada lah ikan tenggiri masin. (yang kena jeruk busuk macam ngan ape tuh!). Dapatlah idea. Aku masak benda paling simple lam dunia.

Tengok ni!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni haaaaaa;
...
...
Ikan masin + bawang + cili padi. Perah limau kaw kaw! 
 Korang buleh bayang? Makan dengan nasik panas - panas? kalau tak leh bayang kena cuba buat.
 Sebab tu orang kate kan yang ringkas ni sedap. Ok dah! NAK MAKAN. Opss tercaps lock.

Monday, March 11, 2013

Sedikit ingatan buat mereka..

Assalamualaikum.

Khas buat mereka yang berjuang di medan perang mempertahankan Malaysia ;

Saya mahu mengajak anda berbuat baik.
Walau tidak banyak, berilah sedikit.

Saya mahu mengajak anda berbuat baik.
Untuk mereka yang telah syahid.

Aku tidak punya kekuatan seperti mereka
Bangun berjuang untuk negara
Aku tidak punya keberanian setinggi mereka
Memegang senapang melindungi bangsa
Tapi tiap kita aku pasti punya rasa yang sama
Kasih sayang seikhlas mereka
Kerana itu mereka di sana
Bergadai nyawa
Demi menjaga kita
di bumi Malaysia..




Monday, February 25, 2013

Segmen Masak-Masak: Ayam Papet

Assalamualaikum!

Sehat ke awok-awok?
Ok hari ni saya nak share resepi. Sebuah resepi yang berasal dari Thai.
Actually, resepi ni aku dapat dari salah sorang Instagrammers yang aku follow.
Tengok gambar dari Instagram beliau sangatlah lazat. Dah la malas taip banyak. Mari teruskan dengan resepi.

Bahan-bahan A
Lengkuas
Serai
Bawang Putih
Daun Limau Purut
Cili Padi
Cili Kering

Bahan B
Kacang Panjang
Ayam - goreng separuh masak
Gula
Garam

Semua bahan A diblend basah.
Kemudian tumis bahan A
Agak dah pecah minyak, masukkan gula dan garam.
Kemudian ayam.
Masak sampai garing.
Last skali masukkan daun limau purut dan kacang panjang.
Siap!
Makan dengan nasik panas-panas.


Wednesday, February 20, 2013

Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaikum!


Heyo.. Taraaaaa~ Entri kali ni pasal kawen-kawen. Syoknya kawen. Weeeeeeeeeeeee.
Tanggal 2hb Feb 2013 hari tu, adik aku selamat dah menjadi suami orang. Weeee bangganya aku dapat adik buat sekali lafaz je! *clap* *clap*
16hb hari tu buat resepsi. Segak kemain. Adik sape kan .. Kehkeh..
Penat woo tapi best sangat sebab dapat ahli keluarga baru. Welcome Mazliza..
Tu je lah aku nak hapdet. Kehkeh.

Nah disertakan gambar sebagai bukti kami semua segak bergaya :)


Tuesday, February 12, 2013

Bersawang...

Hi...
Assalamualaikum.

Lama babun tak hapdet. Busy weh! Busy. Kekangan masa membuatkan aku terlupa aku ada blog. Aku ada misi untuk diselesaikan. Nanti dah selesai misi kite jumpe balik hokkay? Hugs and kish! Doakan tau ;)
Bye...

Friday, January 4, 2013

"A picture is worth a thousand words"

There is something i would like to share..

This was 10 weeks ago when I was having my c-section and
Dr. Sawyer broke my water and my daughter reached up out of my stomach and
grabbed the Dr.'s finger and
my hubby caught this special moment.

Truly amazing.

I am in awe of this photo.

Something to remember forever.

Thank you for helping me deliver 3 of the most amazing wonderful gifts I could ever ask for. A Couple of miracle children.
You are truly an amazing Dr. and couldnt ask for a better one.



I have no specific words to describe this but I'm amazed. Really amazed. =)


Corat - coret Nurulicious

Wednesday, January 2, 2013

Hati tak terjaga...

Hati yang tak terjaga,
Mula-mula rasa kecewa..

Hati yang tak terjaga,
Lama-lama bisa mati.

Hati yang tak terjaga,
Bila tiba masa,
Saat perlu,
Tika mahu,

Aku mahu kau tahu
Bila mana hati tak terjaga,
Parahnya nanti sama-sama merasa.



Corat - coret Nurulicious