Monday, December 5, 2011

Puasa 9 dan 10 Muharram

Assalamualaikum!! Yeeehuuu~

Sape puasa rini angkat tangan? Aku ni nak gi masak sebenarnya tapi update blog dululah.. Menu nya ialah Telur Masak Lemak Cili Api. Yeahh. Eh buat pe aku cite pasal makan ni. Nak cite pasal kelebihan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram ni :)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Kelebihan Puasa Sunat  'Asyura
Diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).








1 comment:

  1. Boleh plak cerita pasal menu nak masak ape dulu yer... Koh koh koh

    ReplyDelete

Sila lah komen kalau sudi :)